Assalamu’alaikum w.b.t..
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dilimpahkan kurniaan yang tidak putus-putus banyaknya. Tahniah lagi sekali kepada semua ahli-ahli baru VIP prepaid4u. Teruskan menyokong prepaid4u.net prepaid No.1 di Malaysia yang mana salah satu syarikat yang terpapar di bank-bank terkemuka di Malaysia.
Disini ingin saya kongsikan satu panduan untuk ahli-ahli baru prepaid4u. Ini bagi mengaut keuntungan yang paling maksima dalam perniagaan ini. Saya ingin menasihatkan semua para sahabat prepaid4u supaya anda mendaftar kesemua nombor-nombor gateway yang ada di prepaid4u ke nombor activ10, 8Pax atau Digi Buddy anda. Ini bagi menjimatkan lagi kos penghantaran mesej ke gateway prepaid4u. Jika anda adalah pengguna prepaid Maxis pastikan ke semua ketujuh-tujuh gateway prepaid4u telah di daftarkan sebagai activ10 anda. Manakala jika anda pengguna prepaid Celcom pastikan keempat-empat gateway telah didaftakan sebagai 8Pax anda. Bayangkanlah jika anda berurus niaga sehari sampai 5 ke 10 orang ingin membeli top-up dari anda ke untung tu kalau 1 mesej hanya di caj sebanyak RM 0.01 sen berbanding pada harga biasa RM 0.05 sen. Di situ anda jimat banyak tau…!!!
Kedua plak apabila anda kehabisan MyPoint anda semestinya anda akan menambah nilai samada menggunakan online atau mesin ATM betul?? Haa… 16-digit kod pin akan tertera dan anda perlu masukkan nombor kod pin tersebut dan hantar ke gateway betul?? Ini lagi nasihat saya pastikan anda top-up semaksima mungkin. Dalam MYeCash maksimum top-up adalah sebanyak RM200 tetapi amount yang akan masuk ke dalam akaun MyPoint adalah ialah RM199, RM 1 akan ditolak sebagai caj bank. Ini tidak boleh dinafikan. Bagi mengelak itu semua anda dinasihatkan untuk tambah nilai atau tukar point melalui rakan niaga yang lain. Ini lagi menjimatkan kos anda. Pastikan tambah nilai dalam amount yang besar contohnya RM500 dan ke atas. Jika anda hanya ada modal untuk tambah nilai yang sedikit tidak mengapa boleh terus tambah nilai sendiri secara online atau menggunakan mesin ATM. Perkara ini terjadi pada bulan pertama saya menjalankan bisnes ini. Ikut keselesaan anda untuk menambah nilai cara yang bagaimana. Online ke lg mudah? Guna mesin ATM ke lg mudah? Tukar dengan rakan niaga lain ke lagi mudah? Itu pilihan anda. Pastikan ia tidak membebankan anda. Jadikan bisnes ini bisnes yang mudah lagi senang. Jangan beranggapan bisnes ini susah dan sukar. Jika anda sudah “set mind” anda begitu jadi anda buat apa pun susahlah. Bebaskan diri anda dan jangan terikat dengan sesiapa pun kitalah bos, kitalah pekerja, kitalah juruwang, kitalah pentadbiran. Pendek cerita kitalah semuanya. Tapi hasilnya pasti, pasti, pasti dan pasti berbaloi… Cubalah tengok sendiri…
Ramai juga rakan niaga bertanya kepada saya macam mana nak set activ10, 8pax, etc. Saya pening jugak time tu. Cari punya cari last-last jumpa. Ni saya ambil dari blog seorang kawan saya. Saya copy dan paste terus bubuh dalam blog saya ni untuk dikongsi oleh semua rakan niaga yang lain.
Bagaiman nak set 1 sen sms ke nombor gateway masterload. (Permohonan ini adalah untuk pengguna prepaid sahaja bukan untuk pengguna postpaid. Harap maklum.)
Untuk mengaktifkan perkhidmatan Activ10, pengguna Hotlink hendaklah mengikut arahan seperti yang tertera dibawah ini:
1. Buat panggilan ke 1312
2. Bila keluar arahan pada skrin telefon, seterusnya
Step 1: Tekan 1
Step 2: Pilih nombor dari 1 -10 untuk setkan nombor Activ10 anda. Sebagai contoh, Tekan 1 untuk set nombor Activ10 pertama anda
Step 3: Tekan *(star)
Step 4: Masukkan sebarang nombor pilihan anda diantara 012 atau 017 (Contoh 0126643047)
Step 5: Tekan *(star) untuk confirm nombor 012 or 017 yang telah dimasukkan tadi. Berjaya!!
Untuk mengaktifkan perkhidmatan Friends and Family™, Pengguna DiGi hendaklah mengikut arahan seperti yang tertera dibawah ini:
1. Buat panggilan ke centre IVR di nombor 016-221 1800
2. Apabila terpapar arahan pada skrin telefon, seterusnya
Step 1: Tekan 2 (Pergi ke menu perkhidmatan Friends and Family™)
Step 2: Tekan 1 (Untuk mendaftar nombor Friends and Family™ yang baru)
Step 3: Masukkan nombor Friends and Family™ yang baru (Contoh 0169716600)
Step 4: Tekan 1 (Untuk confirm)
Untuk mengaktifkan perkhidmatan 8Pax, pengguna prepaid Celcom Xpax hendaklah mengikut arahan seperti yang tertera dibawah ini:
Step 1: Tulis mesej: 8Pax ON dan hantar ke 28882
Step 2: Tulis mesej: 8Pax ADD 0194157840 dan hantar ke 28882
* Nak delete Xpax friend taip 8pax<space>DEL<space>no.hp dan hantar ke 28882
* Nak tengok list Xpax friends anda taip 8pax<space>LIST send to 28882.
*Plan NEW XPAX yang ada fungsi Kolony
- Tiada 8pax
- Tiada 15pax
- Tiada bonus sms harijadi dan sebagainya
Setakat ini sahaja perkongsian saya untuk semua ahli VIP prepaid4u. Semoga segala informasi dalam blog saya ini bermanfaat kepada semua ahli yang baru ingin menceburi perniagaan ini dan kepada semua ahli lama semoga kita sama-sama memantapkan lagi perniagaan kita ini dengan ilmu pengetahuan. TIADA KEJAYAAN YANG DATANG TANPA USAHA YANG GIGIH. Saya mendoakan kejayaan anda semua. Jangan berputus asa. Carilah rakan niaga lain untuk bertanya sekiranya menghadapi masalah mengenai perniagaan ini seperti yang saya buat ketika mula-mula menceburi perniagaan ini dulu. Jumpa anda dipuncak kejayaan. Tiada yang gagal dalam perniagaan ini yang ada hanya mereka yang berputus asa.
“Prepaid Millionaire In The Making”
* Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya – Hamka *
* seelok-elok manusia ialah yang KAYA harta dan KAYA budi pekerti ditambah dengan keIMANan dan keTAQWAan kepada-NYA – Ruhen *
Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.




...kOmeN pEMbaCA...